SEREMBAN — Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sudah menjadi ahli parti itu.
“Hari ini (semalam) sahaja lebih 3,000 yang menyertai kita (PAS), termasuk kumpulan Tan Sri Annuar Musa.
“Ada ramai lagi tokoh masyarakat dan pemimpin termasuk dari UMNO yang sudah menyatakan pendirian untuk menyertai PAS atau Perikatan Nasional (PN), cuma tunggu masa untuk diumumkan,” katanya selepas Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat PN Negeri Sembilan di Senawang, semalam.
Sebelum ini, Eizlan enggan mengesah atau menafikan mengenai dakwaan beliau bakal menyertai PN.
Perkara itu muncul apabila beliau kerap muncul bersama beberapa tokoh politik dari PN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) dalam program yang diadakan. BH