Pakar bedah Saudi berjaya pisah kembar siam Nigeria, Hassana dan Hassina

(Foto SPA)

RIYADH — Sepasukan pakar bedah Arab Saudi pada Khamis berjaya memisahkan kembar siam warga Nigeria, Hassana dan Hassina selepas menjalani pembedahan selama 14 jam di Riyadh.

Pasukan pakar pembedahan sebelum ini mengumumkan kembar itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Pakar Kanak-Kanak King Abdullah di Bandar Perubatan King Abdulaziz.

(Foto SPA)

Hassana dan Hassina, yang dilahirkan di Kaduna, Nigeria, pada 12 Januari tahun lalu, berkongsi perut, pelvis, hati, usus, serta sistem kencing dan pembiakan.

Pasukan pelbagai disiplin seramai 85 orang, termasuk 35 pakar perubatan dan pembedahan serta kakitangan kejururawatan dan teknikal, diketuai oleh Dr. Abdullah Al-Rabeeah, penasihat Saudi Royal Court dan ketua penyelia Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman.

(Foto SPA)

Sebelum operasi bermula, Al-Rabeeah berkata operasi itu akan merangkumi lapan peringkat. Pembedahan itu dilakukan atas arahan Raja Arab Saudi Salman. AN