TEHRAN — Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkata tiada yang terselamat ditemui di tapak di mana helikopter Presiden Iran Ebrahim Raisi terbabit nahas di barat laut Iran.
“Tiada kesan yang terselamat dilihat selepas penemuan tapak helikopter yang terhempas,” kata Pir-Hossein Kolivand awal Isnin dalam temu bual dengan agensi berita separuh rasmi Tasnim.
Kolivand mendedahkan awal hari bahawa tapak nahas yang melibatkan Presiden Raisi dan pegawai kanan yang mengiringinya telah ditemui selepas beberapa jam pencarian meluas di kawasan pergunungan di wilayah Azerbaijan Timur.
Helikopter Presiden Raisi terhempas petang Ahad di wilayah Varzaqan ketika beliau pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa yang lain dari upacara merasmikan empangan di sempadan Iran dengan Republik Azerbaijan.
IRNA