2 pegawai cedera dalam letupan di luar bangunan polis Berlin

BERLIN – Dua pegawai polis cedera, seorang daripadanya parah, dalam satu letupan pada petang Khamis di luar bangunan polis di Berlin.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Polis Berlin, kejadian itu berlaku kira-kira jam 20:20 (1920 GMT) ketika pegawai menjalankan rondaan keselamatan rutin. Objek tidak dikenali meletup berhampiran bangunan itu.

Kedua-dua pegawai yang cedera kini menerima rawatan perubatan.

Polis telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

XINHUA