2 maut, van bertembung treler

TANAH MERAH — Dua maut dalam kemalangan selepas van dinaiki mereka bertembung dengan treler.

Dalam kejadian di Kampung Batang Merbau di sini, jam 7.30 malam tadi, mangsa, Muhamad Isyhad Ismi, 20, dan Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata van dipandu Muhamadd Isyhad dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu dipercayai ingin memotong kenderaan lain sebelum berlanggar dengan treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbalik di atas jalan.

“Pemandu dan penumpang van tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. BH