PRAGUE — Ukraine akan menerima 50,000-100,000 peluru pada Jun di bawah inisiatif diketuai Czech untuk membeli peluru untuk negara dilanda perang itu sebahagian besarnya di luar Eropah, kata seorang pegawai Czech pada Khamis.
Tomas Kopecny, utusan kerajaan Czech bagi pembinaan semula Ukraine, memberitahu pemberita bahawa Ukraine, yang memerangi pencerobohan Rusia sejak Februari 2022, boleh mendapat berjuta-juta peluru jika sekutu berjaya mengumpul wang.
“Penyampaian pertama di bawah payung inisiatif Czech ini adalah pada Jun, dan ia akan menjadi berpuluh-puluh ribu peluru, antara 50 dan 100,” katanya di pinggir mesyuarat menteri luar NATO di Prague.
AN memetik AFP