Tentera Israel kepung hospital Gaza, halang rawatan perubatan kepada orang awam yang cedera dan sakit

GAZA — Pasukan pendudukan Israel mengepung Hospital Al Awda di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, dan perkhidmatan rawatan tidak dapat diberikan kepada mereka yang cedera dan sakit, menurut sumber perubatan.

Menurut sumber itu, artileri pendudukan mengebom hospital dengan beberapa bedilan sebelum mengelilinginya, menghalang orang awam dan pasukan perubatan daripada memasuki atau meninggalkannya, yang menyebabkan kesukaran menyediakan perkhidmatan rawatan kepada yang cedera dan sakit.

WAFA