Serangan udara baru melanda Sanaa, kata Houthi

SANAA – Serangan udara melanda ibu negara Yaman pada Jumaat, sehari selepas serangan maut Israel, menurut Houthi disokong Iran yang menyalahkan AS dan Britain atas serangan terbaru itu.

Satu kenyataan Houthi memetik “pencerobohan AS-British” untuk serangan baharu itu, ketika saksi turut melaporkan letupan.

Tiada komen segera daripada Israel, Amerika Syarikat (AS) atau Britain.

“Saya mendengar letupan itu. Rumah saya bergegar,” kata seorang penduduk di ibu kota dikuasai Houthi, Sanaa kepada AFP.

Serangan itu menyusuli serbuan Israel pada Khamis ke atas infrastruktur termasuk lapangan terbang antarabangsa Sanaa yang menyebabkan enam orang terbunuh.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada beberapa siri serangan Houthi ke atas Israel.

Houthi juga telah menembak laluan perkapalan Laut Merah dan Teluk Aden selama berbulan-bulan, menyebabkan beberapa siri serangan balas oleh tentera AS dan British.

AN-AFP/27 Dis 2024/22:26