Sekurang-kurangnya 7 maut dalam banjir kilat di Iran

TEHRAN — Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam banjir kilat dicetuskan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita rasmi Iran IRNA pada Khamis.

Dua orang yang terperangkap di dalam kereta akibat banjir terkorban di Dataran Enqelab di Mashhad di wilayah Khorasan Razavi pada Rabu, Hamidreza Kafinia, pengarah urusan Pertubuhan Perkhidmatan Bomba dan Keselamatan Perbandaran Mashhad, dipetik sebagai berkata.

Pada hari yang sama, banjir menyebabkan sebuah bangunan kediaman di kawasan kejiranan lain runtuh di bandar itu, mengorbankan seorang wanita dan empat anaknya, kata Kafinia.

XINHUA