Sekurang-kurangnya 2 maut dalam nahas pesawat di selatan Brazil

SAO PAULO — Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila pesawat sebuah syarikat pembinaan terhempas di kawasan hutan di negeri Santa Catarina, selatan Brazil, kata jabatan bomba tempatan pada Selasa.

Pesawat kecil itu terbang dari bandar Governador Valadares di negeri tenggara Minas Gerais ke Florianopolis, ibu kota Santa Catarina, dan terhempas petang Isnin selepas melaporkan pendaratan cemas.

Serpihan pesawat itu ditemui di kawasan hutan yang sukar dicapai di bandar Itapoa di Santa Catarina.

Tentera Udara sedang menyiasat sebab yang menyebabkan juruterbang itu menghubungi lapangan terbang di bandar Joinville, di utara Santa Catarina, untuk mencuba pendaratan cemas.

XINHUA