Remaja 14 tahun maut kes langgar lari di Nilai

SEREMBAN — Seorang remaja lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai di sini, pada jam 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata remaja berusia 14 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kampung Tebing menghala ke Nilai itu dipercayai mangsa kemalangan langgar lari.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, motosikal itu dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderan lain dari arah yang sama.

“Akibat kemalangan terbabit, pelajar sekolah menengah itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Klinik Kesihatan Nilai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BH ONLINE memetik Bernama