Pemburuan dijalankan selepas wanita ditembak mati di Queensland, Australia

SYDNEY – Pemburuan polis dijalankan terhadap dua orang selepas seorang wanita ditembak mati di negeri Queensland, Australia.

Polis Queensland berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa mereka dipanggil ke alamat Railway Parade di Caboolture, sebuah pekan kira-kira 45 km ke utara Brisbane, pada kira-kira 12.10 pagi Ahad di mana mereka mengesan wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak bertindak balas. Dia diisytiharkan mati kemudian.

Siasatan awal menunjukkan wanita berusia 23 tahun itu diserang oleh dua lelaki dan mengalami luka tembak di luar kawasan Railway Parade.

Detektif percaya ini bukan serangan rambang dan telah melancarkan siasatan pembunuhan.

XINHUA