KAMPALA – Penyerang Nigeria Abubakar Lawal, yang bermain dengan kelab Liga Perdana Uganda Vipers Sports Club, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Uganda pada Isnin.
Lawal yang berusia 29 tahun dilaporkan sedang menuju ke padang latihan kelab di Stadium St Mary di Entebbe, Wilayah Tengah Uganda, tetapi terlibat dalam kemalangan di Jalan Entebbe yang meragut nyawanya.
Abdul Wasike, ketua komunikasi Vipers SC mengesahkan kepada Xinhua mengenai berita sedih itu pada Isnin. “Ia adalah hari yang menyedihkan kerana kami memaklumkan kematian pemain kami Lawal. Kami masih cuba mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kemalangan itu,” kata Wasike.
Penyerang Nigeria itu, yang memainkan peranan penting untuk SC Vipers, menyertai kelab itu pada 2022 dari kelab Liga Perdana Rwanda AS Kigali.
Dia sebelum ini bermain di Liga Perdana Nigeria bersama Kano Pillars FC, Wikki Tourists FC dan FC Nasarawa.
XINHUA