Nahas dilaporkan bagi helikopter bawa Presiden Raisi di barat laut Iran

TEHRAN — Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran mengalami nahas tanpa maklumat tersedia lagi mengenai potensi kecederaan atau kerosakan.

Presiden Raisi sedang pulang dari upacara membuka empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan apabila helikopternya terhempas sebaik mendarat di wilayah Varzaqan pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azarbaijan Timur Malek Rahmati, imam solat Jumaat Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa yang lain turut berada di atas helikopter itu.

Wartawan IRNA berkata pasukan penyelamat dan bantuan telah dihantar ke kawasan itu dan operasi mencari diteruskan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu tidak dapat dilalui menyukarkan operasi mencari.

Menteri Dalam Negeri Ahmad Vahidi memberitahu televisyen negara Iran, disebabkan keadaan cuaca yang sukar, pasukan mencari dan menyelamat mungkin mengambil masa untuk sampai ke lokasi nahas.

Beliau menyatakan harapan, pasukan itu akan sampai ke tapak itu tidak lama lagi dan menyampaikan lebih banyak maklumat.

IRNA