Mansuh tol babit implikasi kewangan amat tinggi – Alexander

KUALA LUMPUR — Kerajaan pada masa ini tidak bercadang mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha menghapuskan tol berikutan implikasi kewangan yang amat tinggi, kata Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan berkenaan apabila keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) minta Menteri Kerja Raya menyatakan strategi Kerajaan Madani untuk menghapuskan tol lebuh raya dan apakah usaha yang dijalankan ke arah itu.

Alexander turut menegaskan kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada agenda untuk menangani kos kenaikan harga barang dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. BH