KUALA SELANGOR — Seorang lelaki warga Pakistan maut terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan dekat belakang sebuah pasar raya, di sini, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin mengesahkan kejadian itu berdasarkan maklumat diterima pihaknya jam 8.50 malam tadi.
“Kejadian berlaku ketika mangsa, 32, memegang besi khemah di salah sebuah gerai.
“Ia menyebabkan berlaku renjatan elektrik lalu mangsa jatuh dan dibawa ke pentas untuk bantuan awal,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Ambia berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat, selain terdapat peniaga dan pengunjung di kawasan itu.
Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
BH ONLINE