Lebih 50 orang maut akibat strok haba di India

NEW DELHI — Lebih 50 orang maut akibat strok haba di bahagian berlainan di India, terutama kawasan timur, tengah dan utara, sejak beberapa hari lalu, ketika gelombang haba yang kuat melanda kebanyakan bahagian negara Asia Selatan itu, kata laporan media tempatan dan pegawai kerajaan pada Jumaat.

Hampir 200 orang telah dimasukkan ke hospital selepas mereka rebah akibat strok haba.

Kebanyakan kematian, sekitar 25, berlaku di negeri timur Bihar sahaja. Selain kematian serupa dilaporkan dari Delhi, negeri utara Uttar Pradesh, negeri tengah Madhya Pradesh, negeri timur Odisha dan Jharkhand, dan negeri barat Rajasthan.

XINHUA