NEW DELHI — Enam bayi baru lahir maut dalam kebakaran di hospital penjagaan bayi di ibu negara India, New Delhi, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Rakaman televisyen menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku lewat malam Sabtu dan menyambar hospital di bahagian timur bandar itu.
Jabatan bomba memberitahu agensi berita ANI, di mana Reuters memiliki pegangan minoriti, bahawa enam lagi kanak-kanak telah diselamatkan dan dibawa ke hospital lain, dengan seorang menggunakan ventilator. Kebakaran sejak itu berjaya dikawal.
REUTERS