Iran berkata ia akan mengekalkan ‘penasihat tentera’ di Syria

TEHRAN – Iran berkata pada Isnin, ia merancang untuk mengekalkan penasihat tentera di Syria selepas bandar kedua sekutunya Aleppo ditakluki militan dalam serangan mengejut.

Republik Islam itu, yang menyokong Presiden Bashar Assad sejak perang saudara Syria meletus pada 2011, berkata ia hanya menempatkan penasihat tentera di negara itu atas jemputan Damsyik.

“Kami memasuki Syria bertahun-tahun lalu atas jemputan rasmi kerajaan Syria, ketika rakyat Syria menghadapi ancaman keganasan,” kata jurucakap kementerian luar Esmaeil Baqaeil.

“Penasihat tentera kami hadir di Syria, dan mereka masih ada” dan akan kekal di negara itu “mengikut kehendak” kerajaannya, katanya pada sidang akhbar di Tehran.

Baqaeil tidak menyatakan sama ada Iran akan meningkatkan tenteranya di Syria atau tidak susulan serangan kilat militan.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bertemu dengan Assad di Damsyik untuk menunjukkan sokongan kepada presiden Syria.

Aleppo jatuh kepada pakatan militan dominasi Islamis sejak seminggu lalu, menurut pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights.

AN-AFP