Harimau Amur bunuh lelaki di Timur Jauh Rusia

VLADIVOSTOK — Seekor harimau Amur menyerang dan membunuh seorang lelaki di Wilayah Primorye di kawasan Timur Jauh Rusia, lapor media tempatan pada Selasa.

Insiden itu berlaku dekat kampung Zimniki di daerah Dalnerechensky, kira-kira 480 km timur laut bandar Vladivostok, Philipp Shutov, timbalan menteri perhutanan, perlindungan alam sekitar, hidupan liar dan sumber asli Primorye, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita TASS Rusia.

“Pegawai polis dan pakar penyeliaan memburu kini bekerja di tapak itu,” kata Shutov dalam satu kenyataan video.

Harimau Amur, dengan populasi kira-kira 750, disenaraikan sebagai Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

XINHUA