Gempa bumi bermagnitud 5.1 landa selatan Tonga- EMSC

Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda selatan Tonga pada Isnin, sedikit selepas jam 6 pagi waktu tempatan, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Gempa itu berlaku pada kedalaman 2 km (1.2 batu), kata EMSC. Ia berlaku beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 5.7 magnitud di wilayah yang sama.

EMSC sebelum ini berkata gempa itu mempunyai magnitud 5.6, dengan kedalaman 8 km. REUTERS