TAOS, NM — Dua orang maut dan enam cedera dalam kejadian berbalas tembak semasa rali motosikal di Red River, utara New Mexico, pada Sabtu, kata polis negeri.
Penunggang mula menembak antara satu sama lain di jalan utama bandar pergunungan kira-kira 75 batu timur laut ibu negeri Santa Fe semasa rali motosikal Hari Peringatan tahunannya, kata Datuk Bandar Red River Linda Calhoun melalui telefon. Beliau (bagaimanapun) berkata tiga terbunuh dan lima cedera.
“Ia adalah ahli geng motosikal,” kata Calhoun, enggan memberikan maklumat lanjut mengenai identiti mereka. “Mereka semua orang dari luar bandar.”
Kira-kira 28,000 penunggang motosikal dari seluruh negara dijangka menghadiri rali itu, yang menampilkan muzik secara langsung dan upacara peringatan di Memorial Veteran Vietnam di Angel Fire berhampiran.
Sebahagian daripada yang cedera telah dibawa ke hospital di Taos, New Mexico, kira-kira 25 batu ke barat daya, kata polis negeri di Twitter.
Pekan Taos mengharamkan penjualan alkohol selepas tembakan dan memanggil perintah berkurung.
Insiden itu berlaku lapan tahun selepas sembilan penunggang terbunuh dan 18 cedera dalam kejadian berbalas tembak di Waco, Texas yang melibatkan ahli kumpulan motosikal seperti Bandidos dan Cossacks. REUTERS