KUALA LUMPUR — Bekas jurugambar The New Straits Times Press (NSTP), Ahmad Irham Mohd Noor, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi tadi, akibat kegagalan organ.
Allahyarham, 43, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi selepas hampir seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.
Terdahulu, Ahmad Irham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital terbabit selepas mengalami demam panas dan disahkan diserang jangkitan kuman dalam darah.
Ahmad Irham meninggalkan kerjaya sebagai jurugambar NSTP pada Mac 2020 selepas organisasi itu melaksanakan pengecilan operasi dan kemudiannya terjun ke bidang pertanian.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Azlimi Ayub@Abdullah, 43 dan dua anak, Aiman Irfan, 18, dan Adam Irsyad, 14.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di sini, jam 11.30 pagi ini.
BH ONLINE