Arab Saudi uji teknologi baharu sejuk jalan raya

RIYADH — Pihak Berkuasa Am Jalan Raya, dengan kerjasama Kementerian Perbandaran, Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan, telah mula menjalankan eksperimen baharu untuk menyejukkan jalan raya di negara ini.

Teknologi yang baru dibangunkan itu bertujuan untuk mengurangkan haba yang diserap oleh jalan raya pada waktu siang.

Dengan jalan raya yang mencecah suhu tinggi 70 darjah Celsius, haba yang diserapnya dibebaskan pada waktu malam, yang menyebabkan fenomena saintifik dikenali sebagai pulau haba.

Fenomena pulau haba adalah yang menghalang orang ramai daripada berjalan-jalan pada malam musim panas, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Am Jalan memberitahu Arab News.

Teknologi yang baru dibangunkan menggunakan turapan sejuk, yang menyerap dan memantulkan kurang sinaran suria, sekali gus mengurangkan suhu permukaan jalan berbanding turapan tradisional dan menjadikan suhu lebih sederhana pada malam musim panas.

Teknologi itu dibangunkan untuk jalan kediaman dan kawasan berpenduduk, termasuk kawasan menunggu di perhentian bas dan metro serta kawasan pejalan kaki di zon kediaman, kata wakil itu.

Ia telah diuji di dua lokasi utama di Riyadh dan keputusan telah menunjukkan kejayaannya, tambah wakil itu.

Teknologi baharu itu adalah sebahagian daripada siri inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menurunkan suhu, seperti projek yang dijalankan oleh kementerian untuk mengecat bangunan dengan bahan khusus untuk mengurangkan haba diserapnya.

“Pihak Berkuasa Am Jalan Raya baru-baru ini membuka makmal pusat yang menjalankan kajian untuk meningkatkan pengalaman pengguna jalan raya di negara ini,” tambah wakil itu. AN