Jumlah korban meningkat kepada 127 dalam banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di Brazil, dengan 141 orang dilaporkan hilang, lapor pihak berkuasa pada Sabtu.
Berikutan hujan lebat yang melanda negeri selatan Rio Grande do Sul sejak minggu lalu, kehilangan nyawa dan harta benda semakin meningkat.
Pertahanan Awam negeri itu berkata 756 individu yang cedera telah dimasukkan ke hospital dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan tanpa gangguan.
Ia berkata hampir 2 juta orang telah terjejas akibat banjir, dengan 71,409 ditempatkan sementara di sekolah, dewan sukan dan gereja.
Menteri Pembangunan Wilayah Waldez Goe menegaskan keadaan “amat membimbangkan” di negeri itu, sambil menyatakan hujan baharu akan merumitkan lagi keadaan.
Maklumat yang dikongsi mengenai usaha bantuan yang disokong oleh tentera dan polis menunjukkan 70,863 orang dan 9,984 haiwan telah diselamatkan dari kawasan bencana
ANADOLU