MANJUNG — Pemandu dan kelindan lori maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM 02 Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE), arah Selatan, dekat Sitiawan, hari ini.
Mangsa dikenalpasti sebagai Razali Sahad, 48 dan Muhammad Alizzat Narayi, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 tadi.
“Kemalangan membabitkan lori lima tan membawa barang-barang pejabat melanggar bahagian belakang sebuah treler.
“Terdapat dua lelaki pemandu dan kelindan tersepit dan disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Operasi ditamatkan jam 6.05 pagi.
BH ONLINE