7 jemaah terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas masjid di Afghanistan

7 jemaah terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas masjid di Afghanistan

TEHRAN — Serangan bersenjata ke atas masjid Syiah di Wilayah Herat Afghanistan pada petang Isnin mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh jemaah terkorban, kata laporan media tempatan.

Menurut IRNA yang memetik saluran berita Afghanistan, lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang Masjid Imam Zaman di bandar Andisheh di Daerah Gozrah di Herat, yang terletak di barat Afghanistan.

Sekurang-kurangnya tujuh jemaah termasuk imam masjid, 2 wanita dan seorang kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera akibat serangan yang berlaku pada waktu petang (antara Maghrib dan Isyak).

Tiada butiran lanjut diterbitkan setakat ini. Kerajaan sementara Taliban juga tidak mengulas mengenai serangan itu.

Selain itu, tiada individu atau kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

Sementara itu, kedutaan Iran di Kabul dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya “serangan pengganas” ke atas masjid Syiah di Wilayah Herat.

Kenyataan yang menyusuli serangan bersenjata itu berkata Iran berusaha untuk mengenal pasti dan menghukum mereka yang bertanggungjawab untuk “jenayah ini”. Ia menambah bahawa Iran bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan Taliban dalam usaha memerangi keganasan.

IRNA