BUDAPEST — Dua orang maut dan lima lagi hilang selepas dua bot bertembung di sungai dekat ibu negara Hungary, Budapest, kata polis tempatan pada Ahad.
Sebuah bot hotel bertembung dengan bot kecil di Sungai Danube berhampiran perkampungan Veroce, 55 km ke utara Budapest, menyebabkan kematian, kata polis.
Kejadian itu terbongkar malam Sabtu apabila seorang lelaki yang mengalami kecederaan kepala ditemui berhampiran Veroce. Polis kemudiannya memulakan operasi mencari menggunakan dron dan menemui mayat seorang lelaki di pantai selatan Veroce, kata Soma Csecsi, jurucakap Ibu Pejabat Polis Budapest.
Mayat seorang wanita ditemui kemudian di Sungai Danube berhampiran Jambatan Megyeri. Antara lapan orang dewasa yang menaiki bot itu, lima hilang, tambah Csecsi.
Siasatan terhadap kemalangan itu masih diteruskan.
XINHUA