ANKARA — Dua askar terbunuh dalam nahas pesawat semasa latihan ketenteraan di wilayah Kayseri di tengah Turki pada Selasa, kata Kementerian Pertahanan Turki.
“Sebuah pesawat latihan jenis SF-260D milik Tentera Udara kami, yang berlepas dari Perintah Pangkalan Utama Pengangkutan Udara ke-12 di Kayseri untuk latihan/ujian, terlibat dalam nahas atas sebab yang tidak diketahui,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pesawat itu terhempas di kawasan kejiranan Hasan Arpa di daerah Kocasinan di wilayah Kayseri, menurut pihak tempatan.
XINHUA