15 maut akibat keracunan etanol di Azerbaijan

BAKU – Lima belas orang maut akibat keracunan etanol di Baku, kata Pejabat Pendakwa Negara Azerbaijan pada Isnin.

Kes itu di bawah siasatan jenayah kerana kecuaian sehingga mengakibatkan banyak kematian, katanya.

Laporan forensik awal mengesahkan mangsa diracuni oleh etanol industri, dan penyiasat telah merampas bukti, termasuk botol produk kebersihan kosong mengandungi alkohol bersama sisa makanan, tambahnya.

XINHUA