10 maut dalam kemalangan bas di wilayah Jawa Barat Indonesia

JAKARTA — 10 orang terbunuh dan lebih 10 lagi cedera dalam kemalangan bas di Kabupaten Subang, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu, kata seorang penyelamat.

Kemalangan itu berlaku pada 18:45 waktu Jakarta di jalan Kampung Palasari, kata ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah itu Hery Marantika, yang anggotanya terlibat dalam memindahkan mangsa.

“Saya mendapat laporan bahawa 10 orang terbunuh dan lebih 10 yang lain cedera,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Mereka yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Besar Subang untuk rawatan, manakala mereka yang cedera ringan dihantar ke klinik kesihatan berhampiran, katanya.

Bas itu membawa lebih 40 orang, kebanyakannya pelajar yang pulang dari melawat destinasi rekreasi, katanya.

Pegawai Kanan Polis Asep Setia Permana berkata pemandu bas itu tidak dapat mengawal kenderaan itu selepas kegagalan brek berlaku.

XINHUA