REMBAU — Tiga maut, manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, dua mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.
“Siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang membawa muatan tanah dan bunga yang dipandu Mohd Esa Daharin, 73, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Seremban.
“Lori yang turut dinaiki dua kelindan warga Bangladesh itu dikatakan dipandu di lorong kiri dan dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, lori terbabit kemudian dipercayai melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum terbabas semula ke kiri jalan.
“Pada masa sama, sebuah kereta Honda City dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang datang dari arah belakang di lorong kanan dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori itu.

BH ONLINE