‘Tiada elemen rasuah, SPRM tak campur siasatan GISBH’

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mencampuri siasatan membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya tidak melihat sebarang elemen rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Yang ini kita serah kepada pihak polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini.

“Jadi pihak polis boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

BH ONLINE