Sepuluh terbunuh dalam ribut ganas di tengah Rusia, kata kementerian kerajaan

MOSCOW — Sepuluh orang terbunuh di tengah Rusia selepas angin kencang menumbangkan pokok dan hujan lebat mengganggu bekalan elektrik di ratusan penempatan, kata Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Ahad.

Lapan daripada sepuluh maut dan 29 lagi cedera di lokasi perkhemahan berhampiran Tasik Yalchik di wilayah Mari-El, kata kementerian itu.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata ia telah membuka satu kes jenayah terhadap insiden itu yang mengorbankan tiga kanak-kanak.

Gambar yang disiarkan oleh kementerian di aplikasi Telegram menunjukkan kereta dan khemah rosak teruk dan dihempap pokok tumbang.

Ribut mengganggu bekalan kuasa (letrik) di 520 penempatan, merosakkan bumbung 41 bangunan kediaman dan tujuh bangunan yang menyediakan perkhidmatan sosial di lapan wilayah Rusia yang berbeza, kata pegawai.

REUTERS