HARARE – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh pagi Khamis apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pengangkutan di Wilayah Selatan Matabeleland, Zimbabwe, lapor akhbar kerajaan The Herald.
Kemalangan itu berlaku di pintu tol dekat pekan sempadan selatan Beitbridge, dengan 17 orang maut di tempat kejadian manakala tujuh yang lain meninggal dunia akibat kecederaan mereka selepas dibawa ke hospital.
Menurut laporan itu, 12 daripada mereka yang cedera masih dalam keadaan kritikal.
Saksi mata memberitahu akhbar itu bahawa bas itu menuju ke Beitbridge, dekat sempadan Afrika Selatan, manakala trak pengangkutan – yang membawa 34 tan metrik magnesium – dalam perjalanan ke arah bertentangan. Jumlah sebenar penumpang dalam bas itu belum diketahui.
Jurucakap polis Paul Nyathi mengesahkan kemalangan itu kepada Xinhua, menyatakan pihak berkuasa akan mengeluarkan butiran lanjut tidak lama lagi.
XINHUA