Sejumlah rumah di perkampungan kecil Krivtsovo berhampiran Moscow terbakar di kawasan seluas 3,200 meter persegi (34,400 kaki persegi) awal Rabu, kata Kementerian Situasi Kecemasan Rusia dalam aplikasi pemesejan Telegram.
“Anggota bomba berusaha sedaya upaya untuk mengelak kebakaran terus merebak ke rumah dan hutan berhampiran,” kata kementerian itu.
“Menurut maklumat awal, tiada kemalangan jiwa berlaku.”
Punca kebakaran tidak diketahui dengan segera. Kampung itu, dalam daerah pentadbiran Solnechnogorsk, terletak kira-kira 80 km (50 batu) dari Kremlin.
REUTERS