TOKYO – Salji lebat menyelubungi utara Jepun pada Selasa, memaksa berpuluh-puluh pembatalan penerbangan ketika ramai orang dalam perjalanan untuk cuti Tahun Baharu.
Japan Airlines berkata ia membatalkan 42 penerbangan ke dan dari pulau paling utara Hokkaido, menjejaskan 6,398 penumpang, manakala All Nippon Airways membatalkan 14 penerbangan, menjejaskan 800 penumpang.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), salji lebat turun di banyak tempat di tengah dan utara Hokkaido pada Selasa disebabkan corak tekanan musim sejuk.
JMA berkata lebih daripada 20 sm salji telah turun di beberapa kawasan di Hokkaido sejak Isnin, kebanyakannya pada pagi Selasa, dengan menyatakan salji dijangka berterusan pada Hari Tahun Baru.
XINHUA