NEW DELHI — Pelakon filem popular India, Saif Ali Khan ditikam sekurang-kurangnya enam kali dengan pisau oleh penceroboh yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya dengan motif melakukan pecah rumah pada awal pagi Khamis, polis tempatan mengesahkan.
Kejadian berlaku di dalam rumah Khan pada kira-kira 02:45 pagi di ibu negara kewangan negara itu, Mumbai. Polis tempatan masih belum menangkap penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu.
Seorang kakitangan wanita pasukan pelakon filem itu turut cedera semasa pergelutan itu, kata polis.
Kemudian, Khan dimasukkan ke hospital tempatan di mana dia menerima pembedahan. Keadaannya dikatakan stabil dan tidak dalam bahaya.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh hospital, Khan menerima dua luka dalam dengan satu dekat tulang belakang.
Anak kepada pelakon filem terkenal Sharmila Tagore dan bekas kapten kriket India Mansoor Ali Khan Pataudi, Saif Ali Khan membuat debut kerjayanya pada awal 1990-an dan berkahwin dengan pelakon filem Kareena Kapoor.
XINHUA