Mahkamah Agung Arab Saudi seru lihat hilal Ramadan petang Selasa

Seorang lelaki Saudi menggunakan teropong untuk melihat anak bulan pertama, menandakan permulaan bulan suci Ramadan, di Taif, Arab Saudi. (Fail/AFP)

RIYADH — Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di Arab Saudi untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang Selasa, lapor Agensi Akhbar Saudi.

Selasa bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 dan jika anak bulan Ramadan dilihat pada petang Selasa, maka Ramadan akan bermula pada Rabu. Jika tidak, bulan mulia akan bermula pada Khamis.

Mahkamah berkata sesiapa yang melihat hilal Ramadan dengan mata atau melalui teropong perlu memaklumkan mahkamah terdekat dengan lokasi mereka dan merekodkan keterangan mereka di sana atau menghubungi pusat terdekat supaya mereka boleh diarahkan ke mahkamah terdekat. AN