METERLAM, Afghanistan – Tiga kanak-kanak kehilangan nyawa mereka dalam letupan ordinan yang tersisa daripada peperangan lampau di daerah Alishing, wilayah Laghman, Afghanistan pada Jumaat, kata kenyataan pejabat polis wilayah dikeluarkan di sini.
Kanak-kanak terbabit yang bermain di puncak bukit menemui alat seperti mainan dan mula bermain dengannya, tetapi peranti itu meletup membunuh ketiga-tiga mereka di tempat kejadian, tambah kenyataan itu.
Kemalangan serupa meragut nyawa dua kanak-kanak di wilayah Kandahar pada Isnin.
Afghanistan yang dilanda perang adalah antara negara paling banyak dicemari periuk api di dunia dengan berpuluh-puluh orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh atau cacat setiap bulan akibat ledakan bahan letupan yang tersisa dari dekad perang dan pergolakan awam lalu.
XINHUA