Lebih 80 cedera dalam nahas bas sekolah Korea Selatan

SEOUL — Lebih 80 orang, termasuk kanak-kanak, cedera di Korea Selatan pada Jumaat selepas tiga bas sekolah terbabit dalam nahas berbilang kenderaan di lebuh raya timur Seoul, kata pihak berkuasa bomba.

Bas itu membawa 75 pelajar sekolah menengah dan guru mereka dalam perjalanan apabila nahas berlaku di daerah Hongcheon di wilayah Gangwon, kata seorang pegawai di Ibu Pejabat Bomba Negeri Gangwon melalui telefon.

Dua pelajar adalah antara tiga orang yang cedera parah dalam kejadian itu, kata pegawai itu. REUTERS