KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan usaha kerajaan untuk memperkenal gaji progresif ialah satu reformasi kepada gaji negara.
MTUC berkata, model gaji progresif wajar dilaksanakan bagi memberi perspektif yang betul ke atas sistem pekerjaan di Malaysia.
Katanya, peningkatan gaji secara tahunan tidak dijadikan amalan kepada majikan kerana pelbagai karenah perlu dilakukan untuk majikan memberi kenaikan gaji.
“Disebabkan ketiadaan penambahan gaji tahunan, tiada peningkatan atau perubahan sosial kepada pekerja.
“Terdapat pekerja yang bekerja lebih 25 tahun dibayar gaji RM1,500. Ekosistem pergajian itu tidak sihat kepada pekerjaan. Peningkatan gaji sangat perlahan.
“Kesungguhan kerajaan menaikkan hasil ekonomi pekerja sesuatu yang MTUC hargai,” katanya.
MTUC berkata, gaji progresif ialah peningkatan gaji pada masa hadapan dan akan memberi peluang kepada majikan dan pekerja mendapat anggaran gaji masa depan bagi industri dan pekerjaan.
Katanya, gaji progresif ialah motivasi kepada pekerja dan ubat mujarab bagi menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pekerja,” katanya.
BH