Pakar forensik dan detektif pembunuhan dari Direktorat Siasatan Jenayah (DCI), berkumpul untuk menggali mayat yang disyaki pengikut kultus Kristian yang dinamakan sebagai Good News International Church, yang percaya mereka akan ke syurga jika mati kelaparan, di Hutan Shakahola di daerah Kilifi, Kenya 9 Mei 2023. REUTERS
REUTERS melaporkan, angka kematian akibat kultus kebuluran Kenya cecah 300 pada Selasa selepas pihak berkuasa menggali lebih banyak mayat di dalam hutan, dalam salah satu tragedi berkaitan kultus paling buruk dalam sejarah baru-baru ini.
Pihak berkuasa berkata mereka yang mati adalah ahli Gereja Good News International, diketuai Paul Mackenzie, yang dituduh mengarahkan pengikutnya supaya mati kelaparan diri mereka dan anak-anak mereka supaya mereka boleh pergi ke syurga sebelum kiamat.
Seramai 303 orang kini maut selepas 19 (lagi) mayat digali dari kubur besar di hutan Shakahola di tenggara negara itu. Lebih 600 orang masih dilaporkan hilang, kata pegawai wilayah Rhoda Onyancha.
Penyiasat minggu lalu meluaskan pencarian mereka untuk meliputi kawasan yang lebih luas di rantau itu untuk cuba mengambil kira lebih ramai mangsa.
Kira-kira 65 pengikut paderi yang diselamatkan itu didakwa cuba membunuh diri pada Isnin selepas mereka enggan makan antara 6 Jun dan 10 Jun semasa berada di pusat penyelamat, lapor media tempatan.
Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki melahirkan kebimbangan bulan lalu bahawa beberapa pengikut Mackenzie yang diselamatkan menolak makanan. Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia, katanya pada masa itu.
Mackenzie menyerah diri kepada polis pada April dan dinafikan ikat jamin bulan lalu. Dia belum lagi dikehendaki membuat pengakuan.
Dia ditahan kerana disyaki membunuh dua kanak-kanak akibat kelaparan dan sesak nafas awal tahun ini tetapi kemudiannya dibebaskan.
Saudara-mara pengikutnya berkata, dia kemudian kembali ke hutan dan meneruskan ramalan tarikh akhir dunia dari Ogos hingga 15 April.