Jumlah kematian akibat gempa bumi melebihi 50,000 di Turki dan Syria

ANKARA — Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria yang melanda pada 6 Februari melepasi 50,000 pada Jumaat selepas Turkiye mengisytiharkan lebih 44,000 orang maut.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata angka kematian di Turkiye akibat gempa bumi meningkat kepada 44,218 pada malam Jumaat.

Dengan jumlah kematian terbaharu Syria yang diumumkan sebanyak 5,914, jumlah kematian gabungan di kedua-dua negara meningkat kepada melebihi 50,000. LAGI