Kumpulan pertama jemaah haji menggunakan platform Nusuk Haji tiba pada Khamis di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz dari Itali. (Disediakan)
RIYADH — Kumpulan pertama jemaah haji menggunakan platform Nusuk Haji tiba pada Khamis di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz dari Itali.
Selepas mendarat, jemaah disambut dengan majlis alu-aluan dan pemberian jambangan bunga, kurma dan botol air zamzam.
Ketibaan penerbangan pertama jemaah berdaftar itu dipenuhi menerusi platform elektronik Nusuk, yang dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah empat bulan lalu bagi memudahkan prosedur kemasukan.
Haji telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah jemaah sejak pandemik, pemansuhan sekatan umur, di samping penamatan peraturan perwalian bagi wanita.
Platform Nusuk, tersedia dalam tujuh bahasa, membolehkan jemaah haji dari 67 negara mendaftar dan menempah secara elektronik.
Pakej perkhidmatan yang terdiri daripada perumahan, makanan, panduan penerbangan dan pengangkutan tersedia untuk pembelian dan tempahan.
Platform ini mempunyai perkhidmatan tambahan seperti peta interaktif, kalendar khusus untuk tawaran dan aktiviti, panduan digital serta perkhidmatan maklumat dan kesihatan.
Nusuk adalah sebahagian daripada inisiatif yang dilancarkan oleh salah satu skim Wawasan Saudi 2030, Program Perkhidmatan Tetamu Allah. Program ini bertujuan memperkaya pengalaman agama dan budaya di negara itu. AN