Israel pintas roket dilepaskan dari Lubnan

(Fail/AFP)

JERUSALEM — Sebuah roket dilepaskan dari Lubnan ke wilayah Israel pada Khamis dan berjaya dipintas, kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Dua sumber keselamatan Lubnan berkata terdapat dua serangan roket dari selatan Lubnan dan, tidak lama selepas itu, letusan tembakan meriam melanda selatan Lubnan. Tiada laporan segera mengenai sebarang kemalangan jiwa.

Laporan itu datang pada masa ketegangan yang memuncak berikutan serbuan Israel ke atas perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis minggu ini.

Penduduk di selatan Lubnan berkata mereka mendengar letupan kuat.

Tiada komen segera daripada tentera Lubnan atau Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). AN memetik Reuters