Hampir 250,000 melarikan diri dari banjir di bandar Somalia yang ‘menjadi seperti lautan’

MOGADISHU — Banjir menyebabkan hampir suku juta orang meninggalkan kediaman mereka selepas sungai Shabelle di tengah Somalia pecah tebingnya dan menenggelamkan bandar Beledweyne, walaupun negara itu menghadapi kemarau paling teruk dalam empat dekad, menurut kerajaan.

Agensi bantuan dan saintis telah memberi amaran bahawa perubahan iklim adalah antara faktor utama mempercepatkan kecemasan kemanusiaan, ketika mana yang terjejas itu adalah sesetengahnya disebabkan kurang tanggungjawab terhadap pelepasan CO2.

Hujan bermusim di Somalia dan hulu di tanah tinggi Ethiopia mencetuskan banjir kilat menghanyutkan rumah, tanaman dan ternakan, dan menutup sementara sekolah dan hospital di Beledweyne, ibu kota wilayah Hiraan, kata penduduk tempatan.

“Sejurus itu seluruh bandar berada di bawah air. Beledweyne sendiri menjadi seperti lautan,” kata pekedai Ahmed Nur, yang perniagaannya hanyut.

“Hanya bumbung rumah yang kelihatan. Kami menggunakan bot kecil dan traktor untuk menyelamatkan orang ramai,” katanya. REUTERS