Gempa bumi bermagnitud 4.8 landa Perancis

Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda Perancis pada Jumaat, kata Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Pusat gempa adalah berhampiran komune di wilayah Charente-Maritime di barat Perancis, pada kedalaman 10 km (6.21 batu), kata GFZ.

Tiada maklumat segera mengenai mangsa atau kerosakan akibat gempa itu.

GFZ menyemak semula ukuran awal gempa bumi 5.5 magnitud. REUTERS