Empat kanak-kanak maut dan seorang lelaki hilang selepas 11 orang menangkap ikan di tepi Sungai St. Lawrence di wilayah Quebec Kanada dihanyutkan air pasang, kata polis pada Sabtu.
Kanak-kanak itu, yang berumur 10 tahun ke atas, ditemui tidak bertindak balas awal pagi Sabtu di pantai di kawasan Portneuf-sur-Mer di utara Bandaraya Quebec. Mereka dibawa ke hospital di wilayah itu dan disahkan meninggal dunia.
Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an masih hilang.
Perkhidmatan kecemasan dipanggil pada pukul 2 pagi, dan enam orang diselamatkan dari air.
Insiden itu berlaku di wilayah Côte-Nord di Quebec Kanada yang meliputi sebahagian besar pantai utara Sungai Saint Lawrence. REUTERS