Bekas wartawan sambilan BH meninggal dunia

PORT DICKSON — Bekas wartawan sambilan Berita Harian (BH), Noraziah Othman, 65, meninggal dunia di rumahnya di Taman Dato Hj Abdul Samad di sini awal pagi tadi.

Menurut suaminya, Hassim, 66, dia dikejutkan isterinya pada jam 4 pagi ketika mahu ke bilik air.

Katanya, dia menemui Noraziah dalam keadaan tertiarap.

Menurutnya, selepas diperiksa pegawai perubatan yang datang ke rumah, arwah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi.

Arwah pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan BH di sini sebelum berhenti hampir 10 tahun lalu kerana masalah kesihatan.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gadong di Rembau pagi ini.

BH Online